Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, 11 July 2011

Tips Mengawal Marah Dalam Islam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

MARAH..Dalam hidup ni, aku pasti semua orang pernah berhadapan dengan keadaan yg boleh mendatangkan marah..Samada kita sendiri yg marah ataupun org lain yg marah..Kadang2 sebab benda yg kecik pun kita boleh marah..Mula la nak cakap kasar, keluarkan kata-kata kesat dan bergaduh..Perasaan marah ni kalo tak dikawal boleh mendatangkan masalah yg lebih besar dan buruk..

Sebab tu Rasulullah S.A.W. sendiri menitikberatkan agar dapat mengawal kemarahan ini dengan baik..Pernah terjadi dimana seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W., lantas Baginda bersabda yang bermaksud:

"Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah." (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Di dalam Islam, Rasulullah S.A.W. telah mengajar kita cara-cara untuk mengawal perasaan marah..Di antaranya ialah:-

1. Diam @ Tidak Berbicara

Abu Hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan, ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar..Ketika itu Rasulullah S.A.W. duduk disebelahnya dan diam sahaja, begitu juga dengan Sayyidina Abu Bakar..Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Sayyidina Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah S.A.W. terus bangun dan beredar dari situ..Sayyidina Abu Bakar merasa hairan dan terus mengekori Rasulullah S.A.W. sambil berkata;

"Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam..Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah S.A.W. lantas menjawab,"Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan Syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama Syaitan."

Rasulullah S.A.W. kemudian bersabda lagi,"Allah akan memuliakan hambaNya ketika dianiya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah."

2. Jika Sedang Berdiri Maka Duduk, Jika Sedang Duduk Maka Baring

Abu Dzar al-Ghifari berkata, Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada kami, ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring.”

3. Berwuduk 

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Rasulullah S.A.W. menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

4. Beristighfar

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).
Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu.

Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).
Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah S.W.T., ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah S.A.W. marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.


p/s:Kadang-kadang sedih jgk dan tak faham bila tgk org yg berpendidikan tinggi boleh buat tindakan bodoh dan berfikiran singkat bila marah..Aduyai..




Thursday, 16 June 2011

Lelaki Nasrani Tertarik Dengan Kemuliaan Islam..


Assalamualaikum.. 


Abu Jaafar Al-Haddad merupakan salah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu hari beliau telah mengikuti satu rombongan besar dalam perjalanan dari kota Basrah menuju ke kota Baghdad dengan menaiki sebuah kapal menyusuri sungai Dajlah. Di antara sekian ramai orang yang menyertai rombongan tersebut, ada seorang lelaki yang menjadi perhatian Abu Jaafar Al-Haddad. Selama di dalam pelayaran, lelaki tersebut tidak pernah makan dan minum dan tidak pernah mengerjakan solat menyebabkan Abu Jaafar Al-Haddad tertanya-tanya pada dirinya sendiri dan ingin tahu rahsia disebalik kelakuan lelaki tersebut. Abu Jaafar Al-Haddad pun segera menghampirinya.

"Assalammualaikum saudara, boleh saya bertanya sedikit?" sapa Abu Jaafar
Al-Haddad.

"Boleh, apa salahnya." jawab lelaki itu dengan tidak mengendahkan salam Abu Jaafar Al-Haddad.

"Mengapa awak tidak pernah mengerjakan solat dan berjemaah dengan kami?" tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Saya ini bukan orang Islam." jawab lelaki itu selamba.

"Jadi, engkau beragama apa?" Abu Jaafar Al-Haddad mahu kepastian.

"Saya beragama Nasrani," jawabnya.


Abu Jaafar Al-Haddad berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Namun masih ada satu lagi persoalan dalam fikirannya iaitu bagaimanakah lelaki tersebut boleh tahan berhari-hari tidak makan dan tidak minum.

"Saya lihat awak tidak pernah makan dan minum?" tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Saya bertawakal kepada Tuhan." jawabnya pendek.

"Saya juga bertawakal kepada Allah," kata Abu Jaafar Al-Haddad.

Ketika sampai ke suatu destinasi untuk berehat, Abu Jaafar Al-Haddad masih lagi asyik berbual dengan lelaki Nasrani itu sehinggalah tiba waktu makan. Riuh rendahlah orang ramai ke sana ke mari mencari dan membuka bekalan masing-masing. Ada yang naik ke darat mencari sesuatu barang keperluan sebelum menyambung pelayaran. Tapi Abu Jaafar Al-Haddad dan lelaki Nasrani yang masih lagi berbual-bual itu sudah berazam untuk bertawakal saja, tidak mahu berbuat demikian. Apabila orang ramai melihat kedua-dua mereka ini tidak mempunyai sebarang makanan, mereka pun mengajaknya untuk makan bersama. Tapi Abu Jaafar Al-Haddad dan lelaki itu tetap dengan pendirian mereka tidak mahu makan.

"Mari kita keluar dan berjalan di darat sana." kata Abu Jaafar kepada lelaki Nasrani itu.

"Boleh, tapi dengan syarat..." kata lelaki Nasrani.

"Apa syaratnya?" tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Jika kita masuk ke dalam kampung, tuan mesti berjanji yang tuan tidak akan masuk ke dalam masjid, dan begitu juga saya tidak akan masuk ke dalam gereja." terang lelaki Nasrani itu.

"Ya saya berjanji." kata Abu Jaafar Al-Haddad dengan penuh yakin.

Mereka pun berjalan merentas tanah yang terbentang luas sehingga senja. Mereka pun duduk beristirehat berhampiran dengan tempat membuang sampah. Tiba-tiba datang seekor anjing hitam, mulutnya menggigit roti dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu. Rupa-rupanya anjing itu hanya menghantar makanan untuk lelaki Nasrani yang bertawakal itu saja. Lelaki Nasrani tadi mengambil roti itu dan dimakannya dengan senang hati tanpa menoleh-noleh lagi kepada Abu Jaafar Al-Haddad, apalagi hendak mempelawanya makan bersama. Akhirnya roti itu habis dimakan oleh lelaki Nasrani tersebut.

Setelah itu kedua-duanya meneruskan perjalanan meninjau-ninjau di kawasan perkampungan sehinggalah waktu senja. Apabila kepenatan, mereka berehat lagi. Tiba-tiba datang lagi anjing hitam itu membawa roti di mulutnya dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu lalu dimakannya. Demikianlah yang terjadi setiap hari. Setiap kali si Nasrani mendapatkan makanan yang dihidangkan oleh seekor anjing hitam, dia memakannya sendiri tanpa menoleh dan mempelawa temannya menikmati bersama. Sementara Abu Jaafar Al-Haddad sendiri, sibuk dengan mengerjakan solat setiap kali ketika lelaki Nasrani itu makan.

Pada hari keempat, kedua-dua hamba Allah yang sudah saling kenal mengenali itu melalui sebuah perkampungan. Oleh sebab matahari sudah terbenam, mereka berhenti di suatu tempat bagi membolehkan Abu Jaafar Al-Haddad mengerjakan solat Maghrib di situ, sedang lelaki Nasrani itu memerhatikan dari jauh. Di dalam hatinya memuji Abu Jaafar Al-Haddad yang rajin menunaikan ibadah sembahyang walaupun mengikut perjanjian Abu Jaafar tidak boleh pergi ke masjid, namun dia tetap melakukan sembahyang.

Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan sebuah kendi berisi air. Dia berdiri di situ sehingga Abu Jaafar Al-Haddad selesai solatnya. Setelah mengucapkan salam, orang itu meletakkan dulang yang dibawanya di hadapan Abu Jaafar Al-Haddad.

"Sila bawa makanan ini kepada lelaki itu!" kata Abu Jaafar Al-Haddad kepada orang yang membawa dulang sambil menunjuk ke arah lelaki Nasrani tersebut.

Tanpa berkata apa-apa, orang itu membawanya kepada lelaki Nasrani yang berada tidak jauh dari situ, sementara Abu Jaafar Al-Haddad masih asyik mengerjakan solat. Setelah Abu Jaafar Al-Haddad selesai solat, lelaki Nasrani itu datang kepadanya dengan membawa dulang tadi.

"Wahai Abu Jaafar! Allah telah memperlihatkan kepadaku bahawa agamamu (agama Islam) adalah lebih baik daripada agamaku." kata lelaki Nasrani itu.

"Dari mana engkau mengetahui perkara ini?" tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Buktinya sudah cukup jelas. Ianya berlaku di hadapan mataku ini." terang lelaki Nasrani itu lagi.

"Cuba awak terangkan kepada saya apa yang berlaku di hadapanmu itu?" tanya Abu Jaafar menduga.

"Aku makan rezeki yang dihidangkan oleh seekor anjing, sedangkan aku adalah seorang manusia, berbeza dengan rezekimu yang dihidangkan oleh manusia. Maka dengan itulah aku tahu bahawa Islam itu adalah agama yang terbaik daripada agamaku." kata lelaki Nasrani itu.

"Sekarang apa yang awak mahu?" sambung Abu Jaafar Al-Haddad.

"Tuan ! Sekarang juga dengan kerelaan hati saya sendiri, saya akan meninggalkan agama saya dan masuk agama Islam." kata lelaki Nasrani itu.

Maka ketika itu juga lelaki Nasrani itu mengucapkan dua kalimah syahadah  di hadapan Abu Jaafar Al-Haddad. Dia lalu membuang semua tanda-tanda atau lambang-lambang Nasrani yang ada pada dirinya. Abu Jaafar Al-Haddad bersyukur kepada Allah S.W.T. yang telah membuka pintu hati temannya untuk menerima Islam. 

Semoga Allah memberikan rahmat kepada mereka yang telah mengambil Islam sebagai panduan dan pegangan hidup mereka. Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kita kepada agama Islam dan dijadikannya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.

* Dipetik dari kitab Raudhur Rayyahin Fii Hikayatus Salihin karangan Syeikh Imam Abdullah bin As’ad bin Fallah al-Yafii al-Yamany Asy-Syafie.

Thursday, 28 April 2011

Fadhilat Surah Al-Waqi'ah

Assalamualaikum..

Surah Al-Waqi'ah adalah surah yg ke 56 di dalam Al-Quran dan mempunyai 96 ayat kesemuanya..Surah Al-Waqi'ah (Hari Kiamat) ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang akan diterima oleh orang-orang mukmim dan orang-orang kafir..Surah ini juga menerangkan tentang penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah s.w.t. selain tentang hari kebangkitan..

Seperti surah-surah lain yang terdapat di dalam Al-Quran, surah Al-Waqi'ah ini juga mempunyai beberapa fadhilatnya yang tersendiri kepada orang yang membacanya..Antara fadhilatnya ialah :- 

1. Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawasanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah tiap-tiap malam, dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

2. Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Ajarkanlah wanita-wanita kamu akan surah Al-Waqi'ah kerana surah itu adalah surah kekayaan" (Diriwayatkan oleh Ibnu Ady)

3. Daripada Jabir bin Thamurah r.a. berkata,"Adalah Rasulullah s.a.w. membaca Surah Al-Waqi'ah pada solat Fajar" (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal)

4. Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran" (Diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud)  
5. Fatwa Ulama pula mengatakan "Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, maka Allah s.w.t. akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru dan mendapat berakah"



Thursday, 7 April 2011

Fadhilat Surah Yasin

Assalamualaikum..


Surah Yasin..Lazimnya kebanyakan orang akan membaca surah Yasin pada malam Jumaat..Ketika kenduri arwah dll..Tapi apakah fadhilat surah Yasin yg sebenarnya..Jom kita lihat beberapa fadhilat membaca surah Yasin ini..

1. Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya bagi tiap-tiap satu itu ada hati.Hati Al-Quran adalah surah Yasin.Sesiapa yang membaca surah Yasin ditulis oleh Allah baginya ganjaran seumpama membaca 10 kali khatam Al-Quran" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

2. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam kerana mencari keredhaan Allah s.w.t., maka dia diampunkan dosanya pada malam tersebut"

3. Daripada Ma'qal bin Yassar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Bacalah surah Yasin kepada orang yang hampir mati" (Diriwayatkan oleh Abu Daud)..Jika surah Yasin ini dibacakan kepada orang yang telah mati,maka akan diampunkan dosa-dosa lalu orang yang mati itu.

4. Daripada Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda "Sesiapa yg membaca surah Yasin dipermulaan hari,segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi" 

5. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi "Apabila datang ajal seseorang yang suka membaca surah Yasin setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan oleh Allah s.w.t.,menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut sama menyembahyangkan jenazahnya" 

6. Malaikat Maut tidak mahu memaksa untuk mencabut nyawa orang yg suka membaca surah Yasin sehingga Malaikat Redwan datang dari Syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmatnya perasaannya dan dia akan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika dicabut nyawanya.  


 

Monday, 28 March 2011

Fadhilat Surah Al-Mulk

Assalamualaikum..

Kali ini aku memilih Surah Al-Mulk untuk aku kongsikan dengan semua kerana surah ini mampu untuk menyelamatkan orang yang mengamalkannya daripada azab siksa kubur..Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang memperkatakan tentang fadhilat surah Al-Mulk ini..Antara fadhilatnya ialah :-

1. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w.telah bersabda yang bermaksud "Ada satu surah Kitab Allah yang berjumlah 30 ayat yang menjadi syafa'at bagi seorang lelaki yang membacanya sehingga diampuni akan dosanya" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

2. Daripada Ibn Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Surah Al-Mulk adalah penghalang daripada azab kubur" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

3. Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Ada satu surah di dalam Al-Quran yang boleh membantu berhujah kepada pembacanya kemudian memasukkannya ke dalam syurga dengan izin Allah s.w.t. iaitu Surah Al-Mulk" (Hadis Riwayat At-Tabrani)

4. Daripada Ibn Mas'ud r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Aku amat suka jika surah ini berada di dalam hati setiap umatku" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)



Subhanallah..Begitulah besarnya syafa'at Surah Al-Mulk ini bagi orang yang mengamalkannya..Marilah kita sama-sama mengamalkannya(ingatan untuk diri aku jgk) dan mudah-mudahan dengan izin Allah kita akan terlepas daripada azab seksa kubur..Sebarkanlah kelebihan surah ini kepada kaum keluarga, sahabat handai dan semua umat Islam di dunia ini..Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan redha Allah s.w.t.

Fadhilat Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum..


Surah Al-Fatihah juga dikenali sebagai Ummul Kitab dan mempunyai beberapa fadhilatnya yang tersendiri..Antara fadhilat surah Al-Fatihah ini ialah :- 


1. "Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialah surah Al-Fatihah"  (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)  

2. Daripada 'Abdul Malik bin Umair r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Al-Fatihah menjadi penyembuh segala penyakit"  (Diriwayatkan oleh Al-Darimi)  

3. Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Siapa yang bersolat tetapi tidak membaca Al-Fatihah, maka tidak sempurnalah solatnya" (Diriwayatkan oleh Muslim) 

4. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Tidak sah solat mereka yang tidak membaca Ummul Al-Quran (Al-Fatihah)" (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)



 

Wednesday, 9 March 2011

Doa Pendinding

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak kongsikan dgn korg smua satu doa yg aku dapat daripada Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.Doa ini aku rasa semua org patut amalkan pada zaman skrg ni.Aku pun tengah mengamalkan doa ni sekarang.Alhamdulillah kesannya SANGAT LUAR BIASA pada aku.Keberkesanan doa ni juga bergantung pada keikhlasan dan keyakinan kita dengan pertolongan Allah SWT.Doa ni pendek jer(baca kat bawah ni) tp mempunyai manfaat yg besar.

                    
 Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda mengenai doa ini;



Melalui hadis di atas Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita supaya membaca doa ini 3 kali pada waktu pagi dan petang untuk menghindarkan kita daripada mendapat kemudaratan sepanjang hari itu.Jadi AMAT SESUAI la kalo kita amalkan doa ni lagipun hidup kita sekarang ni memang sentiasa terdedah kepada bahaya yang sentiasa ada dimana-mana.

Antara manfaat yang kita semua boleh dapat(InsyaAllah) jika mengamalkan doa ni :-

1. Terhindar daripada bahaya - baca 7 kali sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau pekerjaan.

2. Terhindar daripada gangguan mahkluk halus - baca 3 kali sblm masuk rumah kemudian ludah ke sebelah kiri untuk mengelakkan mereka masuk rumah kita.

3. Terhindar daripada kemudaratan makanan - baca 3 kali sebelum makan atau minum..InsyaAllah terhindar daripada mendapat penyakit (kanser,diabetes).Maklum la penyakit sekarang ni byk berpunca daripada apa yg kita makan n minum.

4. Terhindar daripada sihir - x mustahil blh jd pd kita bila org dah dengki dgn kita ni..


Marilah kita semua sama-sama mengamalkan doa ini dan semoga doa ini akan memberi manfaat pd kita smua..Semoga Allah sentiasa memberkati semua usaha kita..Amin..Selamat beramal..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...