Wednesday 25 May 2011

Tips Mengambil Hati Pasangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri.. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, InsyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia selamanya..Selain itu anda juga harus jujur, setia dan mempercayai pasangan anda..Saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengambil hati pasangan masing-masing..

Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami..Sentiasa menjaga kecantikan diri, dalaman dan luaran seperti masa bercinta dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi sokongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi tersebut terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut..Jangan sesekali cuba menghalang hobi suami anda..
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh..Suami akan merasa dirinya dihargai dan disayangi..
  4. Sentiasa memuji suami dan menghargai semua kebaikan yang dilakukannya..
Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah sebagai kejutan kepada isteri..Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal..Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit sahaja tetapi ia sudah cukup dan akan dihargai oleh pasangan anda..
  2. Memuji masakan isteri anda..Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda..Sesekali bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah..
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta..Jangan sesekali mengutuk pilihan isteri anda..
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri.. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah..
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias..Biarlah isteri anda merasa dirinya sentiasa cantik dimata anda.. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya.. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan..
Anda juga boleh mendapatkan buku Panduan Kehidupan Berumahtangga oleh Ustazah Siti Nor Bahyah untuk melahirkan kehidupan yang lebih harmoni dan sempurna.. 


Adam Dan Mainan Barunyer..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak share sikit pasal anak bertuah aku c Adam Iman ni..Memandangkan anak bertuah aku ni dah 9 bulan lebih n semakin membesar..So Adam ni dah memerlukan mainan-mainan baru sbb aku tgk dia dah x berapa layan dah mainan yg ada kat umah skrg ni..Mungkin dah boring kot asik mainan yg sama jer..Hehe..

Nak dijadikan cerita..Minggu lepas aku n wife aku pun pegi la area KL n Chow Kit untuk cari mainan baru untuk Adam..Sebab kat situ banyak kedai pemborong alat-alat mainan..So blh la dpt harga murah sikit berbanding harga kat kedai-kedai biasa ni..Lebih kurang 5 kedai jgk la ktorg g survey mainan n compare harga..Cari punya cari punya cari..Akhirnya ini lah hasilnya yg Adam dapat..

Adam dah start minat main bola..

Lori-lori baru Adam..

Adam tersangat-sangat suka..

Dah jadi mainan wajib Adam kat umah..

Tak tau la berapa lama blh tahan lori ni sbb asik kena campak je dgn Adam..Hehe..

Yeah..Kereta baru Adam..

Hak Milik Muhammad Adam Iman..

Tengok la betapa sukernyer Adam naik kereta tu..

Naik kereta sambil berdiri..Macam dah pro je Adam ni..

Pon pon pon pon..Tepi tepi Adam nak lalu..Hehe..
Sangat hepi bila tgk Adam suker sgt2 dgn semua mainan yg ktorg belikan..Membazir ker aku ni??..Tak kira la apa yg org lain pikir..Aku n wife aku cuma nak anak bertuah ktorg ni hepi n menikmati zaman kanak-kanak nyer..Berkorban apa saje untuk Adam Iman..

Sunday 22 May 2011

Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sabtu 21 Mei 2011 - Satu lagi episod duka tercatat dalam sejarah Malaysia apabila berlaku satu lagi tragedi kejadian tanah runtuh di Hulu Langat..Kali ini yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh ini adalah anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa..Terdapat 42 orang penghuni di rumah tersebut yang terdiri daripada golongan anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah..

Sebanyak 16 nyawa telah terkorban dalam tragedi tanah runtuh ini..2 mangsa yang terselamat pula terpaksa dipotong kaki kanannya untuk menyelamatkan nyawa mereka..Semua mangsa yang terkorban telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat..7 daripada mangsa yang terkorban telah disemadikan dalam satu liang lahad..Sebelum itu, semua jenazah telah disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14 selepas solat Zohor..
Ikuti gambar-gambar yang menyayat hati di sekitar tempat kejadian..
























Semoga semua mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh ini akan dicucuri rahmat olah Allah S.W.T dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan tinggi darjatnya disisi Yang Maha Esa..Diharap juga kepada semua keluarga dan waris mangsa agar dapat bersabar dengan dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. ini..Ingatlah setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..Marilah kita sama-sama bersedekah Al-Fatihah kepada anak-anak yang terkorban ini..Al-Fatihah..Amin..

Monday 9 May 2011

Perhimpunan Hari Pekerja 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam sibuk2 sempena minggu Sukan Perbendaharaan yg sedang berlangsung dari 3hb - 15hb Mei 2011, aku sempat lg terlibat dalam kontijen JANM ke Stadium Putra, Bukit Jalil untuk perhimpunan Hari Pekerja pada hari Sabtu(7hb) lepas..Lgpun dpt baju free..Sapa yg x nak pegi kan kan kan..Hehe..

Walaupun penat aku terpaksa jgk bangun awal pd pg sabtu tu sebab kena berkumpul kat ofis pukul 6.30 pagi..Dorg ckp bas nak bergerak ke Bukit Jalil pukul 6.45 pagi sbb takut jem kat sana..Maklum la anggaran 12 ribu org akan berkumpul kat Stadium Putra tu nanti..Aku pun ikut jer la..Pukul 5.30 pagi aku dah bangun..Anak bertuah aku yg sorg ni,c Adam pun bangun sama sbb dgr bunyi alarm handphone aku..Bertuah btl anak bertuah aku ni..Hehehe..Lepas mandi n solat aku pun terus keluar umah nak g ofis..Tapi sblm tu lg satu hal c Adam ni nak ikut plak..Aduiii..Pening aku..Dah la aku takut lambat n kena tinggal bas..C Adam plak merengek mengada-ngada nak ikut..So aku pun layan la kjap anak bertuah aku ni..Lepas aku cakap kat Adam yg aku nak cpt..Dia pun duduk dgn mama dia sambung tido..Nasib la anak bertuah ni faham n dgr ckp..Aku pun bw la motor laju2 mcm tgh racing..Hehe..Tp yg bengang nyer sampai2 jer kat ofis..Tgk2 berapa kerat je yg ada..Yg lain x sampai lg..Arrggh bengang aku..Ni la org cakap janji melayu..Last2 pukul 7 lebih gak bas baru gerak..#$%^&^%&^...Marah la ni..Hehe..

Adui..Ngantuknyer..

Tengah bersiap nak g ofis..

Tgk la anak bertuah ni yg suka sgt bangun kul 5.30 pagi..

Suka Adam bila kena dukung..Dia ingat aku nak bw sekali la tu..Hehe..

Ni la baju free tu..Cantik tak?? Hehehe..

Sampai jer kat Bukit Jalil, aku tgk dah mcm pesta plak..Punya ramai org..Lebih 170 kontijen daripada sektor awam n swasta berkumpul kat sana dgn ragam yg mcm2 untuk menonjolkan kontijen masing2..Lgpun tahun ni ada anugerah kontijen terbaik..So mcm2 la yg dorg buat..Dr baju yg warna-warni sampai la kpd prop2 yg dorg bw..Tp kontijen JANM rileks jer..Hahaha..Semua kontijen kena berada dalam stadium pukul 8..VVIP n semua dif2 jemputan dtg kul 9 lebih..Biasa la tu kan..Nasib baikla kat dalam stadium tu ada persembahan nyanyian n tarian..So xde la bosan sgt menunggu TPM dtg utk rasmikan Hari Pekerja tahun ni n jemputan2 VVIP yg lain tu..Persembahan tu plak tip top..Blh bg 4 bintang la..Hehe..Jom layan gambar-gambar yg sempat aku amik masa kat sana..

Posing depan bas dgn Faizi n Akram..

Dengan Faizi sebelum masuk stadium..

Suasana dalam stadium..

Kepah kepah dgn Akram..Haha..

Barisan kontijen JANM..

Kontijen JANM yg sempoi..

Persembahan tarian..

Kontijen memenuhi Stadium Putra..

Posing dulu...

Posing lagi..

Ucapan TPM..

Perasmian Hari Pekerja 2011..

Bacaan ikrar pekerja..

Persembahan bertema Hari Pekerja..

Persembahan tarian lagi..

Majlis penyampaian anugerah pekerja cemerlang..

Posing dulu sebelum balik..Haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...