Showing posts with label Tips/Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips/Petua. Show all posts

Monday, 11 July 2011

Tips Mengawal Marah Dalam Islam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

MARAH..Dalam hidup ni, aku pasti semua orang pernah berhadapan dengan keadaan yg boleh mendatangkan marah..Samada kita sendiri yg marah ataupun org lain yg marah..Kadang2 sebab benda yg kecik pun kita boleh marah..Mula la nak cakap kasar, keluarkan kata-kata kesat dan bergaduh..Perasaan marah ni kalo tak dikawal boleh mendatangkan masalah yg lebih besar dan buruk..

Sebab tu Rasulullah S.A.W. sendiri menitikberatkan agar dapat mengawal kemarahan ini dengan baik..Pernah terjadi dimana seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W., lantas Baginda bersabda yang bermaksud:

"Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah." (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Di dalam Islam, Rasulullah S.A.W. telah mengajar kita cara-cara untuk mengawal perasaan marah..Di antaranya ialah:-

1. Diam @ Tidak Berbicara

Abu Hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan, ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar..Ketika itu Rasulullah S.A.W. duduk disebelahnya dan diam sahaja, begitu juga dengan Sayyidina Abu Bakar..Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Sayyidina Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah S.A.W. terus bangun dan beredar dari situ..Sayyidina Abu Bakar merasa hairan dan terus mengekori Rasulullah S.A.W. sambil berkata;

"Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam..Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah S.A.W. lantas menjawab,"Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan Syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama Syaitan."

Rasulullah S.A.W. kemudian bersabda lagi,"Allah akan memuliakan hambaNya ketika dianiya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah."

2. Jika Sedang Berdiri Maka Duduk, Jika Sedang Duduk Maka Baring

Abu Dzar al-Ghifari berkata, Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada kami, ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring.”

3. Berwuduk 

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Rasulullah S.A.W. menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

4. Beristighfar

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).
Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu.

Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).
Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah S.W.T., ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah S.A.W. marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.


p/s:Kadang-kadang sedih jgk dan tak faham bila tgk org yg berpendidikan tinggi boleh buat tindakan bodoh dan berfikiran singkat bila marah..Aduyai..




Wednesday, 25 May 2011

Tips Mengambil Hati Pasangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri.. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, InsyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia selamanya..Selain itu anda juga harus jujur, setia dan mempercayai pasangan anda..Saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengambil hati pasangan masing-masing..

Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami..Sentiasa menjaga kecantikan diri, dalaman dan luaran seperti masa bercinta dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi sokongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi tersebut terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut..Jangan sesekali cuba menghalang hobi suami anda..
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh..Suami akan merasa dirinya dihargai dan disayangi..
  4. Sentiasa memuji suami dan menghargai semua kebaikan yang dilakukannya..
Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah sebagai kejutan kepada isteri..Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal..Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit sahaja tetapi ia sudah cukup dan akan dihargai oleh pasangan anda..
  2. Memuji masakan isteri anda..Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda..Sesekali bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah..
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta..Jangan sesekali mengutuk pilihan isteri anda..
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri.. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah..
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias..Biarlah isteri anda merasa dirinya sentiasa cantik dimata anda.. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya.. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan..
Anda juga boleh mendapatkan buku Panduan Kehidupan Berumahtangga oleh Ustazah Siti Nor Bahyah untuk melahirkan kehidupan yang lebih harmoni dan sempurna.. 


Wednesday, 27 April 2011

Petua Menggunakan Kuali Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Saya akan kongsikan satu tips yg sangat berguna bagi mereka-mereka yg suka berada di dapur atau dgn kata lainnya yg suka memasak la..Tips kali ni berkaitan dgn penggunaan kuali baru..Maknanyer baru beli n baru 1st time nak guna utk masak..Hehe..Kebiasaannya ikan,ayam,daging dll yg digoreng dalam kuali baru ni akan melekat..Jadi untuk mengatasi masalah ni, gorengkan sedikit hampas kelapa tanpa menggunakan minyak sampai la hampas kelapa tu kekuningan..Kemudian basuh kuali tersebut sebelum digunakan untuk menggoreng atau memasak..InsyaAllah tak kan ada lg masalah melekat..Selamat mencuba.. 

Petua Kurangkan Suhu Demam Panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebagai ibubapa pasti kita akan berasa risau apabila anak mengalami demam panas..Kita boleh meredakan kepanasan dengan menggunakan dua atau tiga biji bawang merah dan sedikit minyak masak..Caranya mudah sahaja..Hiris nipis bawang merah dan gaulkan dgn minyak masak..Kemudian sapukan di kepala anak sambil melakukan sedikit urutan ringan..InsyaAllah panas akan berkurangan..Selamat mencuba.. 

Halia Legakan Batuk Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Batuk malam??..Pasti amat sukar untuk melelapkan mata jika mengalami batuk terutamanya pada waktu malam..Mereka yg kerap mengalami batuk malam ini sudah tentu tidak akan cukup tido dek kerana gangguan batuk tersebut..Selain daripada ubat batuk terdapat juga cara tradisional yg boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini..Cuba try test cara dibawah ini..

  • Ambil kira-kira 1/2cm halia..
  • Bakar halia sehingga nampak kekuningan..
  • Kemuadian tumbuk halia tetapi jangan terlalu halus..
  • Masukkan halia yg dah ditumbuk ke dalam gelas..
  • Campurkan dengan satu sudu air panas..
  • Tapis campuran tadi dan ambil airnya..
  • Minum apabila air tersebut dah jadi suam.. 

Petua Hilangkan Kerak Kepala Baby

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi ibu-ibu mengandung yg bakal melahirkan baby atau mereka yg sudah bersalin mungkin menghadapi masalah kerak di atas kepala baby mereka..Untuk membantu mereka menghadapi masalah ini, saya akan kongsikan beberapa petua untuk mengatasi dan menghilangkan kerak di atas kepala baby tersebut..


1. Kerap basuh dan cuci kepala baby dgn syampu baby..Ketika mandi sapu dan gosok dgn lembut kulit kepala baby..Kemudian bilas kepala baby dgn air suam sehingga bersih..

2. Jangan tinggalkan sisa syampu di kulit kepala baby..

3. Sikat rambut baby dgn lembut menggunakan berus khas bg menghilangkan kerak tersebut..

4. Sapu minyak zaitun di atas kepala baby tapi jgn biarkan minyak terlalu lama..

5. Gunakan sikat untuk membuang kerak di atas kepala baby tadi..

6. Jangan sesekali menggunakan kuku utk membuang kerak di atas kepala baby..Ia boleh menyebabkan kulit kepala baby terluka dan mungkin berlaku jangkitan kuman.

Wednesday, 13 April 2011

Tips Menjadi Menantu Kesayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Percaya atau tidak,ada dikalangan kita yg dah berkahwin mungkin menghadapi beberapa masalah dgn mentua mereka..Pening dibuatnya apabila semua yg dibuat ada je yg x kena pada pandangan mata mentua mereka..Itu salah ini salah..Itu x kena ini x kena..Aduii..Parah parah..Dah habis cara utk ambil hati mentua??..Korg jgn risau..Kali ni aku akan share dgn korg semua beberapa tips yg blh kita ikut untuk menjadi menantu kesayangan..

1.  Hormati dan sayangi mentua seperti ibu bapa kita sendiri.

2.  Terima kelebihan dan kekurangan yg ada pada mentua kita.

3.  Selalu-selalu la telefon mentua untuk bertanya khabar.

4.  Beri hadiah,hantar kad ataupun paling tidak bagi la ucapan sempena besday atau   
     anniversary perkahwinan mentua.

5.  Luangkan masa untuk bersama mentua.Bawa la jalan-jalan,window shopping atau    
     bercuti.     

6.  Kongsi pendapat atau minta pendapat dan nasihat daripada mentua tentang sesuatu hal
     agar mereka rasa diri mereka dihargai.

7.  Ajar anak-anak kita untuk menghormati mentua.

8.  Ziarah dan temani mereka ketika mereka sakit.

9.  Berkunjung ke rumah mentua ketika cuti dan musim perayaan.

10. Sesekali hidangkan makanan atau minuman kegemaran mentua.


Cubalah praktikkan 10 tips diatas..Semoga lepas ni korg semua xde lg masalah dengan mentua dan akan menjadi menantu kesayangan mentua masing-masing..SELAMAT MENCUBA..



Wednesday, 16 March 2011

Tips Penjagaan Kesihatan

Assalamualaikum..


Kali aku nak sentuh sikit pasal penjagaan kesihatan sebab menjaga kesihatan ni adalah dituntut oleh Agama.Jadi aku akan kongsikan beberapa tips(yang aku tau jer la) untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Ramai yang aku tengok terlalu taksub untuk mengumpul harta duniawi sampai 'terlupa' nak jaga kesihatan tubuh badan masing-masing.Orang cakap kalo duit berjuta pun dalam bank tapi selalu sakit tak guna jugak.Kan..kan..kan..kan..hihi..Ada banyak cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan yang telah didedahkan di dalam Al-Quran dan juga dibuktikan melalui penyelidikan bidang sains.Antaranya ialah:- 



1. Bersenam                                                                                                                                                                                                      
Amat penting dilakukan terutama bagi mereka yang kerja opis dan kurang buat aktiviti luaran.Majoriti ramai yg cakap tak sempat utk bersenam sebab 'busy sangat' kerja(alasan je tu..).Sekurang-kurangnya luangkan la masa 30 minit untuk berjoging setiap hari.Baik untuk jantung kita semua.Dah ramai pun yg kena sakit jantung ni.


2. Makanan/Minuman.

Kurangkan amik makanan/minuman segera.Kurangkan jgk pengambilan gula dan garam.Risiko dapat kencing manis dan darah tinggi very high.Banyak penyakit yg ada sekarang ni berpunca daripada makanan dan minuman yg kita amik.Amalkan minum secawan air teh "O" setiap pagi untuk mengawal berat badan.InsyaAllah boleh menurunkan berat badan yang berlebihan.Hati-hati jugak jika makanan/minuman dah dihinggapi serangga.Rasulullah s. a. w pernah bersabda, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)


 3. Jangan Campur Makanan Darat Dengan Makanan Laut. 

Rasulullah s.a.w sendiri mengajar kita untuk tidak mencampurkan makanan darat dgn makanan laut dalam satu hidangan kerana dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini dibuktikan oleh saintis yang menemui ion (+)dalam ayam manakala ion (-) dalam ikan.Campuran ayam dengan ikan ini akan menghasilkan tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.Rasulullah s.a.w juga mengajar kita menjilat jari tangan selepas makan.Rasionalnya sekali lagi dibuktikan oleh ahli saintis yang telah mendapati bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jemari kita, iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat di dalam air liur.Enzime ialah sejenis alat percerna makanan dan tanpanya makanan tidak akan hadam.


4. Mandi Pagi

Mandi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.Mandi dari bawah(kaki) dulu baru sampai atas(kepala).


5. Bersujud

Selepas solat subuh kita disunatkan bersujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat sakit kepala,pening atau maigrin. Para saintis telah membuktikan melalui kajian terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Maka dengan bersujud darah akan mengalir dan memenuhi ruang tersebut.Jadi rajin-rajinlah solat(ingatan utk diri aku sebenarnya..)


6. Jangan Merokok

Dah banyak iklan mengenai keburukan merokok ni.Malah kat kotak rokok pun dorg dah letak kesan buruk merokok ni(kanser,sakit jantung dll).Tapi masih ramai lagi yg hisap rokok.So lu pikir la sendiri..hihi..

Ini cuma sebahagian tips untuk menjaga kesihatan.Terdapat banyak lagi tips yg mungkin korg smua tahu.Jadi kongsilah tips-tips berguna yg korg tahu kat sni..

Wednesday, 9 March 2011

Doa Pendinding

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak kongsikan dgn korg smua satu doa yg aku dapat daripada Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.Doa ini aku rasa semua org patut amalkan pada zaman skrg ni.Aku pun tengah mengamalkan doa ni sekarang.Alhamdulillah kesannya SANGAT LUAR BIASA pada aku.Keberkesanan doa ni juga bergantung pada keikhlasan dan keyakinan kita dengan pertolongan Allah SWT.Doa ni pendek jer(baca kat bawah ni) tp mempunyai manfaat yg besar.

                    
 Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda mengenai doa ini;



Melalui hadis di atas Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita supaya membaca doa ini 3 kali pada waktu pagi dan petang untuk menghindarkan kita daripada mendapat kemudaratan sepanjang hari itu.Jadi AMAT SESUAI la kalo kita amalkan doa ni lagipun hidup kita sekarang ni memang sentiasa terdedah kepada bahaya yang sentiasa ada dimana-mana.

Antara manfaat yang kita semua boleh dapat(InsyaAllah) jika mengamalkan doa ni :-

1. Terhindar daripada bahaya - baca 7 kali sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau pekerjaan.

2. Terhindar daripada gangguan mahkluk halus - baca 3 kali sblm masuk rumah kemudian ludah ke sebelah kiri untuk mengelakkan mereka masuk rumah kita.

3. Terhindar daripada kemudaratan makanan - baca 3 kali sebelum makan atau minum..InsyaAllah terhindar daripada mendapat penyakit (kanser,diabetes).Maklum la penyakit sekarang ni byk berpunca daripada apa yg kita makan n minum.

4. Terhindar daripada sihir - x mustahil blh jd pd kita bila org dah dengki dgn kita ni..


Marilah kita semua sama-sama mengamalkan doa ini dan semoga doa ini akan memberi manfaat pd kita smua..Semoga Allah sentiasa memberkati semua usaha kita..Amin..Selamat beramal..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...