Monday 28 March 2011

Fadhilat Surah Al-Mulk

Assalamualaikum..

Kali ini aku memilih Surah Al-Mulk untuk aku kongsikan dengan semua kerana surah ini mampu untuk menyelamatkan orang yang mengamalkannya daripada azab siksa kubur..Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang memperkatakan tentang fadhilat surah Al-Mulk ini..Antara fadhilatnya ialah :-

1. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w.telah bersabda yang bermaksud "Ada satu surah Kitab Allah yang berjumlah 30 ayat yang menjadi syafa'at bagi seorang lelaki yang membacanya sehingga diampuni akan dosanya" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

2. Daripada Ibn Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Surah Al-Mulk adalah penghalang daripada azab kubur" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

3. Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Ada satu surah di dalam Al-Quran yang boleh membantu berhujah kepada pembacanya kemudian memasukkannya ke dalam syurga dengan izin Allah s.w.t. iaitu Surah Al-Mulk" (Hadis Riwayat At-Tabrani)

4. Daripada Ibn Mas'ud r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Aku amat suka jika surah ini berada di dalam hati setiap umatku" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)



Subhanallah..Begitulah besarnya syafa'at Surah Al-Mulk ini bagi orang yang mengamalkannya..Marilah kita sama-sama mengamalkannya(ingatan untuk diri aku jgk) dan mudah-mudahan dengan izin Allah kita akan terlepas daripada azab seksa kubur..Sebarkanlah kelebihan surah ini kepada kaum keluarga, sahabat handai dan semua umat Islam di dunia ini..Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan redha Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...