Monday 11 July 2011

Tips Mengawal Marah Dalam Islam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

MARAH..Dalam hidup ni, aku pasti semua orang pernah berhadapan dengan keadaan yg boleh mendatangkan marah..Samada kita sendiri yg marah ataupun org lain yg marah..Kadang2 sebab benda yg kecik pun kita boleh marah..Mula la nak cakap kasar, keluarkan kata-kata kesat dan bergaduh..Perasaan marah ni kalo tak dikawal boleh mendatangkan masalah yg lebih besar dan buruk..

Sebab tu Rasulullah S.A.W. sendiri menitikberatkan agar dapat mengawal kemarahan ini dengan baik..Pernah terjadi dimana seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W., lantas Baginda bersabda yang bermaksud:

"Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah." (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Di dalam Islam, Rasulullah S.A.W. telah mengajar kita cara-cara untuk mengawal perasaan marah..Di antaranya ialah:-

1. Diam @ Tidak Berbicara

Abu Hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan, ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar..Ketika itu Rasulullah S.A.W. duduk disebelahnya dan diam sahaja, begitu juga dengan Sayyidina Abu Bakar..Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Sayyidina Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah S.A.W. terus bangun dan beredar dari situ..Sayyidina Abu Bakar merasa hairan dan terus mengekori Rasulullah S.A.W. sambil berkata;

"Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam..Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah S.A.W. lantas menjawab,"Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan Syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama Syaitan."

Rasulullah S.A.W. kemudian bersabda lagi,"Allah akan memuliakan hambaNya ketika dianiya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah."

2. Jika Sedang Berdiri Maka Duduk, Jika Sedang Duduk Maka Baring

Abu Dzar al-Ghifari berkata, Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada kami, ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring.”

3. Berwuduk 

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Rasulullah S.A.W. menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

4. Beristighfar

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).
Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu.

Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).
Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah S.W.T., ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah S.A.W. marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.


p/s:Kadang-kadang sedih jgk dan tak faham bila tgk org yg berpendidikan tinggi boleh buat tindakan bodoh dan berfikiran singkat bila marah..Aduyai..




Tuesday 28 June 2011

Santai di Corus Paradise, Port Dickson...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu lepas aku dgn member-member kat ofis aku akhirnya jd jgk bercuti kat PD..Ktorg plan bende ni dah sebulan lebih baru jadi selepas plan-plan yg sebelum ni x jadi..Aku dgn dorg semua lepak kat Corus Paradise dr hari sabtu 25hb sampai la hari ahad 26hb..2 hari 1 malam..Aktiviti utama sebenarnya nak buat BBQ tepi pantai jer..Hehe..

Aku pun amik la kesempatan ni bawa wife aku n Adam g bercuti sekali..Yang lain-lain tu yg join sama Amat & family, Pok Le & family, Apis & wife, Akram & awek, Wan & awek dan Daus..Zul & wife plak join ktorg time BBQ jer tapi x stay kat sana sbb balik malam tu jgk..Sangat2 hepining..Semua best n satu kepala..

Aktiviti utama - BBQ 

Ayam, ikan, arnab, hotdog bakar..

Kipas Zul jgn tak kipas..
Tuan tanah yg rajin bakar ayam..Hehe..
Aktiviti siang plak ktorg habiskan kat kolam renang hotel jer..Hehe..Seronok woo mandi ramai-ramai ni..Anak aku c Adam ni plak baru 1st time mandi kolam..Memang aku dah lama nak bawa dia mandi kolam sbb dah beli pelampung Ben10 dan baju mandi dia..Tapi dia takut la plak..Lucu tgk muka dia cuak..Hehehe..Macam biasa kecoh la kolam tu ktorg buat..Maklum la ramai2 ni semua buat kepala gila..Macam kolam tu ktorg plak yg punya..Aduyai..

Adam bukan main suka lagi mula2 mandi kolam..

Tapi lama2 jadi takut la plak c Adam ni..Amat plak tgh sibuk kacau c Adam yg ketakutan tu..

Amat, Qistina, Daus, Apis, Pok Le, Mama n Adam

Semangat jer Wan angkat tangan..Dia x tau yg Pok Le dah nak pengsan bau ketiak tu..Haha..
Geng-geng yg bikin huru-hara dalam kolam..

Tolong tolong tolong..

Sempat lagi main bola tampar dalam kolam..

Siap buat bulatan lagi main bola tampar..Hehe..

Sukenyer c Daus dapat mandi kolam ni..Hihi..

Tuan tanah sgt2 seronok woo dapat mandi kolam..

Tuan tanah n da geng..Wan x habis2 mengepak..Banyak sgt makan kepak ayam kot masa BBQ..Haha..

Lepas je ktorg check out pukul 1pm, ktorg pakat g jalan-jalan kat Teluk Kemang..Cuci-cuci mata..Hehe..Ada la jgk yg beli barang buat kenang-kenangan..Amat siap bawa anak dia naik kuda lg tu..Aku plak sempat la naik basikal kat dataran Teluk Kemang tu..RM5 untuk 10 minit..Layan la jgk tapi penat sikit..Hehe..

Ni la basikal yg aku naik tu..

Starting nak berlumba dgn Amat..

1..2..3..Gooooooooo..

Mula-mula je Amat terus pecut kat depan..

Tapi finishing aku punya la..Amat tinggal jauh..Haha..
Lepas penat berjalan ktorg pun balik la lebih kurang pukul 3pm..Tapi sebelum tu singgah dulu makan kat KFC..Lapar beb..
Wan mesej sapa plak tu?? Awek dia kan ikut sekali..OMG..Haha..

Bye bye semua..nanti Adam post lg cerita psl jalan2 dgn papa n mama ok..Daaa..

Kalo nak tau lagi pasal cerite kat PD ni..Klik je kat sini
Jumpa lagi dalam next trip..


Thursday 16 June 2011

Lelaki Nasrani Tertarik Dengan Kemuliaan Islam..


Assalamualaikum.. 


Abu Jaafar Al-Haddad merupakan salah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu hari beliau telah mengikuti satu rombongan besar dalam perjalanan dari kota Basrah menuju ke kota Baghdad dengan menaiki sebuah kapal menyusuri sungai Dajlah. Di antara sekian ramai orang yang menyertai rombongan tersebut, ada seorang lelaki yang menjadi perhatian Abu Jaafar Al-Haddad. Selama di dalam pelayaran, lelaki tersebut tidak pernah makan dan minum dan tidak pernah mengerjakan solat menyebabkan Abu Jaafar Al-Haddad tertanya-tanya pada dirinya sendiri dan ingin tahu rahsia disebalik kelakuan lelaki tersebut. Abu Jaafar Al-Haddad pun segera menghampirinya.

"Assalammualaikum saudara, boleh saya bertanya sedikit?" sapa Abu Jaafar
Al-Haddad.

"Boleh, apa salahnya." jawab lelaki itu dengan tidak mengendahkan salam Abu Jaafar Al-Haddad.

"Mengapa awak tidak pernah mengerjakan solat dan berjemaah dengan kami?" tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Saya ini bukan orang Islam." jawab lelaki itu selamba.

"Jadi, engkau beragama apa?" Abu Jaafar Al-Haddad mahu kepastian.

"Saya beragama Nasrani," jawabnya.


Abu Jaafar Al-Haddad berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Namun masih ada satu lagi persoalan dalam fikirannya iaitu bagaimanakah lelaki tersebut boleh tahan berhari-hari tidak makan dan tidak minum.

"Saya lihat awak tidak pernah makan dan minum?" tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Saya bertawakal kepada Tuhan." jawabnya pendek.

"Saya juga bertawakal kepada Allah," kata Abu Jaafar Al-Haddad.

Ketika sampai ke suatu destinasi untuk berehat, Abu Jaafar Al-Haddad masih lagi asyik berbual dengan lelaki Nasrani itu sehinggalah tiba waktu makan. Riuh rendahlah orang ramai ke sana ke mari mencari dan membuka bekalan masing-masing. Ada yang naik ke darat mencari sesuatu barang keperluan sebelum menyambung pelayaran. Tapi Abu Jaafar Al-Haddad dan lelaki Nasrani yang masih lagi berbual-bual itu sudah berazam untuk bertawakal saja, tidak mahu berbuat demikian. Apabila orang ramai melihat kedua-dua mereka ini tidak mempunyai sebarang makanan, mereka pun mengajaknya untuk makan bersama. Tapi Abu Jaafar Al-Haddad dan lelaki itu tetap dengan pendirian mereka tidak mahu makan.

"Mari kita keluar dan berjalan di darat sana." kata Abu Jaafar kepada lelaki Nasrani itu.

"Boleh, tapi dengan syarat..." kata lelaki Nasrani.

"Apa syaratnya?" tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Jika kita masuk ke dalam kampung, tuan mesti berjanji yang tuan tidak akan masuk ke dalam masjid, dan begitu juga saya tidak akan masuk ke dalam gereja." terang lelaki Nasrani itu.

"Ya saya berjanji." kata Abu Jaafar Al-Haddad dengan penuh yakin.

Mereka pun berjalan merentas tanah yang terbentang luas sehingga senja. Mereka pun duduk beristirehat berhampiran dengan tempat membuang sampah. Tiba-tiba datang seekor anjing hitam, mulutnya menggigit roti dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu. Rupa-rupanya anjing itu hanya menghantar makanan untuk lelaki Nasrani yang bertawakal itu saja. Lelaki Nasrani tadi mengambil roti itu dan dimakannya dengan senang hati tanpa menoleh-noleh lagi kepada Abu Jaafar Al-Haddad, apalagi hendak mempelawanya makan bersama. Akhirnya roti itu habis dimakan oleh lelaki Nasrani tersebut.

Setelah itu kedua-duanya meneruskan perjalanan meninjau-ninjau di kawasan perkampungan sehinggalah waktu senja. Apabila kepenatan, mereka berehat lagi. Tiba-tiba datang lagi anjing hitam itu membawa roti di mulutnya dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu lalu dimakannya. Demikianlah yang terjadi setiap hari. Setiap kali si Nasrani mendapatkan makanan yang dihidangkan oleh seekor anjing hitam, dia memakannya sendiri tanpa menoleh dan mempelawa temannya menikmati bersama. Sementara Abu Jaafar Al-Haddad sendiri, sibuk dengan mengerjakan solat setiap kali ketika lelaki Nasrani itu makan.

Pada hari keempat, kedua-dua hamba Allah yang sudah saling kenal mengenali itu melalui sebuah perkampungan. Oleh sebab matahari sudah terbenam, mereka berhenti di suatu tempat bagi membolehkan Abu Jaafar Al-Haddad mengerjakan solat Maghrib di situ, sedang lelaki Nasrani itu memerhatikan dari jauh. Di dalam hatinya memuji Abu Jaafar Al-Haddad yang rajin menunaikan ibadah sembahyang walaupun mengikut perjanjian Abu Jaafar tidak boleh pergi ke masjid, namun dia tetap melakukan sembahyang.

Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan sebuah kendi berisi air. Dia berdiri di situ sehingga Abu Jaafar Al-Haddad selesai solatnya. Setelah mengucapkan salam, orang itu meletakkan dulang yang dibawanya di hadapan Abu Jaafar Al-Haddad.

"Sila bawa makanan ini kepada lelaki itu!" kata Abu Jaafar Al-Haddad kepada orang yang membawa dulang sambil menunjuk ke arah lelaki Nasrani tersebut.

Tanpa berkata apa-apa, orang itu membawanya kepada lelaki Nasrani yang berada tidak jauh dari situ, sementara Abu Jaafar Al-Haddad masih asyik mengerjakan solat. Setelah Abu Jaafar Al-Haddad selesai solat, lelaki Nasrani itu datang kepadanya dengan membawa dulang tadi.

"Wahai Abu Jaafar! Allah telah memperlihatkan kepadaku bahawa agamamu (agama Islam) adalah lebih baik daripada agamaku." kata lelaki Nasrani itu.

"Dari mana engkau mengetahui perkara ini?" tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Buktinya sudah cukup jelas. Ianya berlaku di hadapan mataku ini." terang lelaki Nasrani itu lagi.

"Cuba awak terangkan kepada saya apa yang berlaku di hadapanmu itu?" tanya Abu Jaafar menduga.

"Aku makan rezeki yang dihidangkan oleh seekor anjing, sedangkan aku adalah seorang manusia, berbeza dengan rezekimu yang dihidangkan oleh manusia. Maka dengan itulah aku tahu bahawa Islam itu adalah agama yang terbaik daripada agamaku." kata lelaki Nasrani itu.

"Sekarang apa yang awak mahu?" sambung Abu Jaafar Al-Haddad.

"Tuan ! Sekarang juga dengan kerelaan hati saya sendiri, saya akan meninggalkan agama saya dan masuk agama Islam." kata lelaki Nasrani itu.

Maka ketika itu juga lelaki Nasrani itu mengucapkan dua kalimah syahadah  di hadapan Abu Jaafar Al-Haddad. Dia lalu membuang semua tanda-tanda atau lambang-lambang Nasrani yang ada pada dirinya. Abu Jaafar Al-Haddad bersyukur kepada Allah S.W.T. yang telah membuka pintu hati temannya untuk menerima Islam. 

Semoga Allah memberikan rahmat kepada mereka yang telah mengambil Islam sebagai panduan dan pegangan hidup mereka. Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kita kepada agama Islam dan dijadikannya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.

* Dipetik dari kitab Raudhur Rayyahin Fii Hikayatus Salihin karangan Syeikh Imam Abdullah bin As’ad bin Fallah al-Yafii al-Yamany Asy-Syafie.

Wednesday 1 June 2011

Adam 1st Time Ke Genting Highland..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ni aku nak cerita pasal pegi Genting Highland tanpa dirancang hari isnin baru ni..Sebenarnya aku plan ari isnin tu habis bercuti kat kampung nak trus balik Putrajaya jer..Balik pagi-pagi lagi sebab nak sampai awal kat Putrajaya..Nak rehat-rehat la kat umah..Esok kan nak keje..Tapi lain plak yg jadi..

Cerite nyer begini..Al kisah tersebut la kisah..Hehe..Abang ipar aku c Yeop ni tiba2 plak ajak ktorg naik Genting..Lepas kena 'racun' dgn wife aku..Aku pun setuju la nak g sana..Lagipun memang aku dah plan nak bawa wife aku n Adam g Genting plak lepas ktorg g Zoo Negara ari tu..Cuma xde la aku plan nak pegi time ni..Tapi dah kebetulan abang ipar aku ajak..Aku pun follow jer la..I follow(versi Salih Yaakob)..Hehe..


 
Ktorg pun sampai kat Genting lebih kurang pukul 11pg..Ingatkan x ramai org sbb ari isnin..Sekali ramai giler daa..Tak ingat plak rupa-rupanyer time cuti sekolah..Patut la..Nak cari parking pun susah..Tapi yg best nyer cuaca memang sejuk giler time tu..Tapi kesian plak kat Adam sbb x bawa sweater dia..Jadi ktorg pun belikan je la sarung tangan utk Adam..Bayang la sampai pukul 6 lebih ktorg kat sana..Naik biru bibir Adam sbb sejuk sgt..Hehe..Jom la layan gambar-gambar ktorg masa kat sana..



































Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hajat nak bawa Adam g jalan-jalan kat Genting..Tapi penat woo sbb kena dukung dia..Stroller x bawa plak tu..Aku n wife aku bergilir-gilir dukung Adam..Tak larat nak dukung lama2..Hehe..Nampaknyer lepas ni kena tunggu sampai Adam pandai berjalan la baru bawa g bercuti plak..Hehe..Senang sikit..InsyaAllah lepas ni kalo ada rezki nak bawa wife aku n Adam g Langkawi plak..C u next trip..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...