Monday 11 July 2011

Tips Mengawal Marah Dalam Islam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

MARAH..Dalam hidup ni, aku pasti semua orang pernah berhadapan dengan keadaan yg boleh mendatangkan marah..Samada kita sendiri yg marah ataupun org lain yg marah..Kadang2 sebab benda yg kecik pun kita boleh marah..Mula la nak cakap kasar, keluarkan kata-kata kesat dan bergaduh..Perasaan marah ni kalo tak dikawal boleh mendatangkan masalah yg lebih besar dan buruk..

Sebab tu Rasulullah S.A.W. sendiri menitikberatkan agar dapat mengawal kemarahan ini dengan baik..Pernah terjadi dimana seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W., lantas Baginda bersabda yang bermaksud:

"Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah." (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Di dalam Islam, Rasulullah S.A.W. telah mengajar kita cara-cara untuk mengawal perasaan marah..Di antaranya ialah:-

1. Diam @ Tidak Berbicara

Abu Hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan, ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar..Ketika itu Rasulullah S.A.W. duduk disebelahnya dan diam sahaja, begitu juga dengan Sayyidina Abu Bakar..Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Sayyidina Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah S.A.W. terus bangun dan beredar dari situ..Sayyidina Abu Bakar merasa hairan dan terus mengekori Rasulullah S.A.W. sambil berkata;

"Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam..Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah S.A.W. lantas menjawab,"Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan Syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama Syaitan."

Rasulullah S.A.W. kemudian bersabda lagi,"Allah akan memuliakan hambaNya ketika dianiya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah."

2. Jika Sedang Berdiri Maka Duduk, Jika Sedang Duduk Maka Baring

Abu Dzar al-Ghifari berkata, Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada kami, ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring.”

3. Berwuduk 

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Rasulullah S.A.W. menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

4. Beristighfar

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).
Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
“Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu.

Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).
Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah S.W.T., ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah S.A.W. marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.


p/s:Kadang-kadang sedih jgk dan tak faham bila tgk org yg berpendidikan tinggi boleh buat tindakan bodoh dan berfikiran singkat bila marah..Aduyai..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...