Wednesday 30 March 2011

Delivery Burger

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Teringin nak makan burger?..Tapi x tau nak beli kat mana?..Malas nak keluar rumah?..
Jangan risau..Salah seorang sahabat karib saya,Azri ada menyediakan perkhidmatan DELIVERY BURGER(tp area Putrajaya je la)..Order jer..Dia akan hantar sampai depan pintu rumah anda..Penghantaran PERCUMA(minimum order 2 biji)..CEPAT dan SEDAP..Saya dah try..Memang berbaloi..Tak percaya cuba dulu..Harga pun berpatutan..



Waktu beroperasi :  7.30pm - 12.30am(bergantung kpd permintaan)..Sabtu & Ahad (CUTI)
Nak tau harga..Xde masalah..Pilih je nak yg mana satu..


* Burger Ayam   - RM 2.70    * Burger Ayam Special   - RM 3.40
* Burger Daging - RM 2.70    * Burger Daging Special - RM 3.40
* Burger Double - RM 3.70    * Burger Double Special - RM 4.40
* Hot Dog       - RM 2.20    * Hot Dog Special       - RM 2.90
* Cheese Burger - RM 3.70    * Benjo                 - RM 2.00



Kalo nak order senang jer..Call 012-2603970(Azri) @ 017-3884342(Own)..SMS pun boleh..Xde masalah..Nak tau sedap ker x sedap..Try la order dulu..  











Tuesday 29 March 2011

Ragam Anak-Anak Kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalo cerite pasal anak-anak kecil ni memang banyak sgt ragam yg dorg buat..Daripada ragam yg buat kita geram, marah, pening kepala, malu, sedih, lucu semuanya ada..Ye la kan dorg ni bukannyer tahu apa2 lg pun..Kalo kita marah pun dorg sengih jer..Macam la anak btuah aku skrg ni..Hehe..

So dorg akan buat apa jer yg dorg suker..Maklum la bdk2 ni..Baru mula nak explore mcm2 bende..Baru nak kenal dunia la katakan..Tapi ada jgk bende yg dorg buat ni kita x blh biarkan jer..So kena la pantau selalu..Mana yg baik biar jer..Mana yg x baik kita kena tegur n bgtau kenapa x blh buat..Lgpun bdk2 skrg ni bijak2 smua..Lebih2 lg yg dah pandai bercakap..Yg kita ckp jgn buat @ x blh buat..Yg itu lah dorg nak buat jgk..Pastu tnya KENAPA..skit2 KENAPA KENAPA KENAPA..Byk sgt soalan dia kan..KENAPA itu KENAPA ini KENAPA bla bla bla..Jenuh kita nak jawap..Betul x..Kadang2 kita pun naik geram jgk..Hehe..

Dah la..Jom kita tgk serba sedikit ragam anak-anak kecil skrg ni..Sangat mencuit hati..Hehe..

Apa bende yg besar sgt ni..

Alololo..ngantuk sgt la tu..

Wuit..tengok apa tu..

Kucing n baby..lena dibuai mimpi..


Tarik jgn x tarik..

Penatnyer..rehat la kejap kat sini..


Bestnyer duk atas 'sofa' ni..

Eh..apasal gelap je 'planet' ni..

Apa la aku nak masak ari ni..

Bila mama nak buat susu ni..Aku dah lapar..

Alamak ternaik plak ehem-ehem aku ni..

Auw..slow2 geli la..

Monday 28 March 2011

Fadhilat Surah Al-Mulk

Assalamualaikum..

Kali ini aku memilih Surah Al-Mulk untuk aku kongsikan dengan semua kerana surah ini mampu untuk menyelamatkan orang yang mengamalkannya daripada azab siksa kubur..Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang memperkatakan tentang fadhilat surah Al-Mulk ini..Antara fadhilatnya ialah :-

1. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w.telah bersabda yang bermaksud "Ada satu surah Kitab Allah yang berjumlah 30 ayat yang menjadi syafa'at bagi seorang lelaki yang membacanya sehingga diampuni akan dosanya" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

2. Daripada Ibn Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Surah Al-Mulk adalah penghalang daripada azab kubur" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

3. Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Ada satu surah di dalam Al-Quran yang boleh membantu berhujah kepada pembacanya kemudian memasukkannya ke dalam syurga dengan izin Allah s.w.t. iaitu Surah Al-Mulk" (Hadis Riwayat At-Tabrani)

4. Daripada Ibn Mas'ud r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Aku amat suka jika surah ini berada di dalam hati setiap umatku" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)



Subhanallah..Begitulah besarnya syafa'at Surah Al-Mulk ini bagi orang yang mengamalkannya..Marilah kita sama-sama mengamalkannya(ingatan untuk diri aku jgk) dan mudah-mudahan dengan izin Allah kita akan terlepas daripada azab seksa kubur..Sebarkanlah kelebihan surah ini kepada kaum keluarga, sahabat handai dan semua umat Islam di dunia ini..Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan redha Allah s.w.t.

Fadhilat Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum..


Surah Al-Fatihah juga dikenali sebagai Ummul Kitab dan mempunyai beberapa fadhilatnya yang tersendiri..Antara fadhilat surah Al-Fatihah ini ialah :- 


1. "Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialah surah Al-Fatihah"  (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)  

2. Daripada 'Abdul Malik bin Umair r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Al-Fatihah menjadi penyembuh segala penyakit"  (Diriwayatkan oleh Al-Darimi)  

3. Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Siapa yang bersolat tetapi tidak membaca Al-Fatihah, maka tidak sempurnalah solatnya" (Diriwayatkan oleh Muslim) 

4. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Tidak sah solat mereka yang tidak membaca Ummul Al-Quran (Al-Fatihah)" (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)



 

Lawak Dalam Sukan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku harap apa yg aku post kali ni blh buat korg smua gelak sampai lebam..hehe..Jom kita tgk beberapa gambar lawak yg terjadi semasa bersukan..Zassssssss..

Alamak..mamat ni x pakai underwear la..

Pergh..ni bergusti ke apa..

Arrrrgghh..takutnyer..

Mati la..time ni plak tayar tercabut..

Piala dah uzur..hehe..

Kompom pening mamat ni lps cium bontot..

Sepak bola ker sepak muka ni..

Muka cuak giler mamat ni..

Nak tunjuk baru beli underwear la ni..
Lagi kantoi x pakai underwear..

Giler la..boleh mati pucuk mamat ni..

Timbang bola pakai bontot jer beb..

Apa hal plak ni?..

Seluar murah la ni..

Aik..boleh lari ke bro..

Tenggelam la 'bola' keeper ni..

Sempat lagi tu..

 So hati-hati la kalo bersukan..jgn sampai jd pd diri sendiri..malu beb..hehe..MAJU LA SUKAN UNTUK NEGARA..sampai jumpa lagi dalam post yg akan datang..Have a nice day..

Wednesday 23 March 2011

Fesyen Tudung Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ni aku nak tlg promote bisnes salah seorang kawan aku,Kak Ada yg tengah ligat buat bisnes jual tudung secara online melalui blog dia.Macam-macam jenis tudung yg dia jual dan harga pun mmg murah dan berpatutan..So kalo berminat nak tgk blh tgk dalam blog dia http://luvlymysh.blogspot.com/..Siap ada gambar model pakai tudung lg tu..hehe..Kat bawah ni aku ada letak beberapa jenis tudung yg dia jual..













Berminat?? Nak tengok contoh yg lain?? Korang klik je link ni http://luvlymysh.blogspot.com/ Ada banyak lg contoh yg lain..Dan kalo ada yg berkenan di hati trus je isi borang order..Senang jer..Jimat masa n tenaga..Hehe..Mari..mari..mari..Pilih tudung kesukaan anda..Pilih jgn tak pilih..Pilih jgn tak pilih..Haha..






Tuesday 22 March 2011

Rancang Perkahwinan

Assalamualaikum..

Ada ker sapa2 yang merancang nak kawin dalam masa terdekat ni..Bila?Bulan ni?Tahun ni?Tahun depan? Apa2 pun aku ucapkan tahniah pada sapa2 yg dah merancang nak kawin..Bagus..bagus..Pasti korg dah x sabar2 nak naik pelamin dgn buah ati pilihan masing-masing.Kan..kan..kan..Hehe...


Buat atiku

Wajah kesayanganku






















Tapi bila masuk bab planning dan persiapan untuk kawin ni,mesti ramai yg pening kepala(mcm aku jgk ler msa nak kawin dlu..hehe..) Pasti korg sibuk nak tnya mak ayah, tanya saudara mara dan tanya kwn-kwn yg dah kawin apa yg kena buat..Beli majalah, cari kat internet dan mcm2 lg untuk dapatkan panduan dan nasihat..Pendek cerita bukan senang nak kawin ni kalo xde panduan dan perancangan..Macam-macam yang kena fikir..Macam-macam yang kena buat..Dari bende yg kecik sampai ler ke bende yg BESOR..Betul x??

Tema purple


Tema hitam & kelabu

  • Kena g kursus kawin la..
  • Amik borang kat pejabat Agama la..
  • Pilih tarikh yg sesuai la..
  • Beli barang-barang hantaran la..
  • Pilih tema yg sesuai la..
  • Tempah pelamin la..
  • Kompang la..
  • Katering la..   
  • Modal la..ARRRRGGGHHH..modal??? biasa nyer ni la yg paling problem..silap rancang blh jd papa kedana oo lps kawin..jgn main-main...

 
Raja Sehari

Tapi jgn risau..korg BERTUAH sbb semua panduan untuk perancangan perkahwinan ini dari sebelum kawin sampai selepas kawin dah tersedia..Tak payah nak buang masa n tenaga ke hulu ke hilir lagi..Tak payah nak pening-pening kepala n pecah-pecah kepala lg nak pikir smua 2..Klik je link kat bawah ni untuk mengetahui mcm mana nak dapatkan panduan untuk merancang perkahwinan..


Korg nak tau ker apa yg ada dalam panduan yg aku ckp td..MACAM-MACAM ADA..

  • Bahan rujukan yang dapat memudahkan lagi urusan persiapan perkahwinan;
  • Rujukan yang dapat menjimatkan masa dari ke hulu & ke hilir tanpa mengetahui apa yang harus dibuat dahulu;
  • Bahan rujukan yang dapat membimbing tentang proses & peraturan memohon kebenaran kahwin & borang2 yang perlu diisi;
  • Checklist yang akan memudahkan lagi persiapan kahwin dari sebelum, semasa & selepas majlis kahwin;
  • Adab & persediaan sewaktu merisik, bertunang, malam berinai, nikah, bersanding, majlis resepsi dan selepas majlis resepsi;
  • Dan pelbagai lagi persiapan yang tak pernah dilakukan sebelum ini.


Renungan manja..
Jadi kalo korg smua nakkan panduan & penyelesaian mudah untuk semua tu, saya nasihatkan korg smua dapatkan segera bahan rujukan yang mudah dan murah utk mengelakkan daripada membuat persiapan yang salah & yang paling penting MEMBAZIR!

Kalo nak tahu rujukan apa yang aku maksudkan tu, sila rujuk kat sini

Nasihat aku, buatlah keputusan yang bijak, supaya majlis kahwin korg nanti berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang masalah.Jangan pening kepala & silap dalam membuat persiapan majlis kahwin yang hanya sekali dalam seumur hidup.Semoga majlis perkahwinan korg nanti meriah dan mengikut perancangan yg telah dibuat..

Sekian.....

JUANI HAWASI@rangka_tulang
 


Wednesday 16 March 2011

Tips Penjagaan Kesihatan

Assalamualaikum..


Kali aku nak sentuh sikit pasal penjagaan kesihatan sebab menjaga kesihatan ni adalah dituntut oleh Agama.Jadi aku akan kongsikan beberapa tips(yang aku tau jer la) untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Ramai yang aku tengok terlalu taksub untuk mengumpul harta duniawi sampai 'terlupa' nak jaga kesihatan tubuh badan masing-masing.Orang cakap kalo duit berjuta pun dalam bank tapi selalu sakit tak guna jugak.Kan..kan..kan..kan..hihi..Ada banyak cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan yang telah didedahkan di dalam Al-Quran dan juga dibuktikan melalui penyelidikan bidang sains.Antaranya ialah:- 



1. Bersenam                                                                                                                                                                                                      
Amat penting dilakukan terutama bagi mereka yang kerja opis dan kurang buat aktiviti luaran.Majoriti ramai yg cakap tak sempat utk bersenam sebab 'busy sangat' kerja(alasan je tu..).Sekurang-kurangnya luangkan la masa 30 minit untuk berjoging setiap hari.Baik untuk jantung kita semua.Dah ramai pun yg kena sakit jantung ni.


2. Makanan/Minuman.

Kurangkan amik makanan/minuman segera.Kurangkan jgk pengambilan gula dan garam.Risiko dapat kencing manis dan darah tinggi very high.Banyak penyakit yg ada sekarang ni berpunca daripada makanan dan minuman yg kita amik.Amalkan minum secawan air teh "O" setiap pagi untuk mengawal berat badan.InsyaAllah boleh menurunkan berat badan yang berlebihan.Hati-hati jugak jika makanan/minuman dah dihinggapi serangga.Rasulullah s. a. w pernah bersabda, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)


 3. Jangan Campur Makanan Darat Dengan Makanan Laut. 

Rasulullah s.a.w sendiri mengajar kita untuk tidak mencampurkan makanan darat dgn makanan laut dalam satu hidangan kerana dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini dibuktikan oleh saintis yang menemui ion (+)dalam ayam manakala ion (-) dalam ikan.Campuran ayam dengan ikan ini akan menghasilkan tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.Rasulullah s.a.w juga mengajar kita menjilat jari tangan selepas makan.Rasionalnya sekali lagi dibuktikan oleh ahli saintis yang telah mendapati bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jemari kita, iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat di dalam air liur.Enzime ialah sejenis alat percerna makanan dan tanpanya makanan tidak akan hadam.


4. Mandi Pagi

Mandi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.Mandi dari bawah(kaki) dulu baru sampai atas(kepala).


5. Bersujud

Selepas solat subuh kita disunatkan bersujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat sakit kepala,pening atau maigrin. Para saintis telah membuktikan melalui kajian terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Maka dengan bersujud darah akan mengalir dan memenuhi ruang tersebut.Jadi rajin-rajinlah solat(ingatan utk diri aku sebenarnya..)


6. Jangan Merokok

Dah banyak iklan mengenai keburukan merokok ni.Malah kat kotak rokok pun dorg dah letak kesan buruk merokok ni(kanser,sakit jantung dll).Tapi masih ramai lagi yg hisap rokok.So lu pikir la sendiri..hihi..

Ini cuma sebahagian tips untuk menjaga kesihatan.Terdapat banyak lagi tips yg mungkin korg smua tahu.Jadi kongsilah tips-tips berguna yg korg tahu kat sni..

Wednesday 9 March 2011

Doa Pendinding

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak kongsikan dgn korg smua satu doa yg aku dapat daripada Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.Doa ini aku rasa semua org patut amalkan pada zaman skrg ni.Aku pun tengah mengamalkan doa ni sekarang.Alhamdulillah kesannya SANGAT LUAR BIASA pada aku.Keberkesanan doa ni juga bergantung pada keikhlasan dan keyakinan kita dengan pertolongan Allah SWT.Doa ni pendek jer(baca kat bawah ni) tp mempunyai manfaat yg besar.

                    
 Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda mengenai doa ini;



Melalui hadis di atas Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita supaya membaca doa ini 3 kali pada waktu pagi dan petang untuk menghindarkan kita daripada mendapat kemudaratan sepanjang hari itu.Jadi AMAT SESUAI la kalo kita amalkan doa ni lagipun hidup kita sekarang ni memang sentiasa terdedah kepada bahaya yang sentiasa ada dimana-mana.

Antara manfaat yang kita semua boleh dapat(InsyaAllah) jika mengamalkan doa ni :-

1. Terhindar daripada bahaya - baca 7 kali sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau pekerjaan.

2. Terhindar daripada gangguan mahkluk halus - baca 3 kali sblm masuk rumah kemudian ludah ke sebelah kiri untuk mengelakkan mereka masuk rumah kita.

3. Terhindar daripada kemudaratan makanan - baca 3 kali sebelum makan atau minum..InsyaAllah terhindar daripada mendapat penyakit (kanser,diabetes).Maklum la penyakit sekarang ni byk berpunca daripada apa yg kita makan n minum.

4. Terhindar daripada sihir - x mustahil blh jd pd kita bila org dah dengki dgn kita ni..


Marilah kita semua sama-sama mengamalkan doa ini dan semoga doa ini akan memberi manfaat pd kita smua..Semoga Allah sentiasa memberkati semua usaha kita..Amin..Selamat beramal..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...