Sunday 22 May 2011

Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sabtu 21 Mei 2011 - Satu lagi episod duka tercatat dalam sejarah Malaysia apabila berlaku satu lagi tragedi kejadian tanah runtuh di Hulu Langat..Kali ini yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh ini adalah anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa..Terdapat 42 orang penghuni di rumah tersebut yang terdiri daripada golongan anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah..

Sebanyak 16 nyawa telah terkorban dalam tragedi tanah runtuh ini..2 mangsa yang terselamat pula terpaksa dipotong kaki kanannya untuk menyelamatkan nyawa mereka..Semua mangsa yang terkorban telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat..7 daripada mangsa yang terkorban telah disemadikan dalam satu liang lahad..Sebelum itu, semua jenazah telah disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14 selepas solat Zohor..
Ikuti gambar-gambar yang menyayat hati di sekitar tempat kejadian..
























Semoga semua mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh ini akan dicucuri rahmat olah Allah S.W.T dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan tinggi darjatnya disisi Yang Maha Esa..Diharap juga kepada semua keluarga dan waris mangsa agar dapat bersabar dengan dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. ini..Ingatlah setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..Marilah kita sama-sama bersedekah Al-Fatihah kepada anak-anak yang terkorban ini..Al-Fatihah..Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...