Wednesday 1 June 2011

Balik Kampung..Oh oh oh..Balik Kampung..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu lepas aku, wife aku n hero aku yg sorg tu c Adam balik kampung kat Tapah..Kali ni aku cuti lama sikit..Dari hari jumaat sampai isnin..Sempena cuti sekolah..Walaupun aku n bini aku bukan cikgu dan Adam pun tak sekolah lagi..Hehe..Tapi abang n kakak ipar aku semua nyer cikgu..So dorg semua pakat balik kampung berkumpul ramai2 bawa anak2 sekali..Seronok woo kumpul ramai2 ni..Riuh rendah umah mak mertua aku..

Jalan clear tak banyak kereta pun..

Alhamdulillah sepanjang balik kampung jalan clear dan ktorg pun selamat sampai..Seperti biasa hero aku yg dah semakin membesar ni la yg ditunggu2 sgt oleh atuk n nenda dia..Bak kata bapa mertua aku rindu sgt kat cucu jantan dia..Tapi c Adam ni x berapa nak plak dgn atuk dia..Kesian kat atuk x puas main dgn Adam..So Adam next time balik kampung dun do dat again ok..

4 hari aku kat kampung aku duduk je kat umah xde g mana2..Duduk berkumpul je sembang2, makan2 n gosip2..Hehe..Tapi aku sempat la jgk g gunting rambut..Kat sana murah jer RM5..Kat KL mana dapat harga ni..Aktiviti lain aku menonton rancangan kat Astro ramai2..Maharaja Lawak, AF, Mentor dll..DVD plak layan cerita Santau, Dilarang Masuk dan cerita terbaru Kongsi yg meletup dapat collection berjuta-juta tu..Boleh tahan la cerita tu..Kebetulan plak masa ktorg balik ni kena time besday adik ipar aku yg bongsu c Wina..So ktorg pun celebrate la besday dia ramai-ramai secara kecil-kecilan jer tapi meriah..Tersangat la hepi c Wina ni..Semoga adik ipar aku yg sorg ni panjang umur dan sihat selalu..Amin..

Wina(baju putih) bersiap nak potong kek harijadinyer..

Adam sibuk merangkak sana sini..Tak duk diam anak bertuah ni..

Adam nak kek mama..

Papa cool je layan Adam main belon..

Orang lain sibuk posing amik gambar tapi Adam sibuk nak gigit belon tu..

Mari mari makan aiskrim..Hehe..

Tambah lagi jangan tak tambah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...