Surah Al-Fatihah juga dikenali sebagai Ummul Kitab dan mempunyai beberapa fadhilatnya yang tersendiri..Antara fadhilat surah Al-Fatihah ini ialah :-
1. "Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialah surah Al-Fatihah" (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)
2. Daripada 'Abdul Malik bin Umair r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Al-Fatihah menjadi penyembuh segala penyakit" (Diriwayatkan oleh Al-Darimi)
3. Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Siapa yang bersolat tetapi tidak membaca Al-Fatihah, maka tidak sempurnalah solatnya" (Diriwayatkan oleh Muslim)
4. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Tidak sah solat mereka yang tidak membaca Ummul Al-Quran (Al-Fatihah)" (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment