Thursday 28 April 2011

Fadhilat Surah Al-Waqi'ah

Assalamualaikum..

Surah Al-Waqi'ah adalah surah yg ke 56 di dalam Al-Quran dan mempunyai 96 ayat kesemuanya..Surah Al-Waqi'ah (Hari Kiamat) ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang akan diterima oleh orang-orang mukmim dan orang-orang kafir..Surah ini juga menerangkan tentang penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah s.w.t. selain tentang hari kebangkitan..

Seperti surah-surah lain yang terdapat di dalam Al-Quran, surah Al-Waqi'ah ini juga mempunyai beberapa fadhilatnya yang tersendiri kepada orang yang membacanya..Antara fadhilatnya ialah :- 

1. Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawasanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah tiap-tiap malam, dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya" (Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

2. Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "Ajarkanlah wanita-wanita kamu akan surah Al-Waqi'ah kerana surah itu adalah surah kekayaan" (Diriwayatkan oleh Ibnu Ady)

3. Daripada Jabir bin Thamurah r.a. berkata,"Adalah Rasulullah s.a.w. membaca Surah Al-Waqi'ah pada solat Fajar" (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal)

4. Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran" (Diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud)  
5. Fatwa Ulama pula mengatakan "Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, maka Allah s.w.t. akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru dan mendapat berakah"



Wednesday 27 April 2011

Petua Menggunakan Kuali Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Saya akan kongsikan satu tips yg sangat berguna bagi mereka-mereka yg suka berada di dapur atau dgn kata lainnya yg suka memasak la..Tips kali ni berkaitan dgn penggunaan kuali baru..Maknanyer baru beli n baru 1st time nak guna utk masak..Hehe..Kebiasaannya ikan,ayam,daging dll yg digoreng dalam kuali baru ni akan melekat..Jadi untuk mengatasi masalah ni, gorengkan sedikit hampas kelapa tanpa menggunakan minyak sampai la hampas kelapa tu kekuningan..Kemudian basuh kuali tersebut sebelum digunakan untuk menggoreng atau memasak..InsyaAllah tak kan ada lg masalah melekat..Selamat mencuba.. 

Petua Kurangkan Suhu Demam Panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebagai ibubapa pasti kita akan berasa risau apabila anak mengalami demam panas..Kita boleh meredakan kepanasan dengan menggunakan dua atau tiga biji bawang merah dan sedikit minyak masak..Caranya mudah sahaja..Hiris nipis bawang merah dan gaulkan dgn minyak masak..Kemudian sapukan di kepala anak sambil melakukan sedikit urutan ringan..InsyaAllah panas akan berkurangan..Selamat mencuba.. 

Halia Legakan Batuk Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Batuk malam??..Pasti amat sukar untuk melelapkan mata jika mengalami batuk terutamanya pada waktu malam..Mereka yg kerap mengalami batuk malam ini sudah tentu tidak akan cukup tido dek kerana gangguan batuk tersebut..Selain daripada ubat batuk terdapat juga cara tradisional yg boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini..Cuba try test cara dibawah ini..

  • Ambil kira-kira 1/2cm halia..
  • Bakar halia sehingga nampak kekuningan..
  • Kemuadian tumbuk halia tetapi jangan terlalu halus..
  • Masukkan halia yg dah ditumbuk ke dalam gelas..
  • Campurkan dengan satu sudu air panas..
  • Tapis campuran tadi dan ambil airnya..
  • Minum apabila air tersebut dah jadi suam.. 

Petua Hilangkan Kerak Kepala Baby

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi ibu-ibu mengandung yg bakal melahirkan baby atau mereka yg sudah bersalin mungkin menghadapi masalah kerak di atas kepala baby mereka..Untuk membantu mereka menghadapi masalah ini, saya akan kongsikan beberapa petua untuk mengatasi dan menghilangkan kerak di atas kepala baby tersebut..


1. Kerap basuh dan cuci kepala baby dgn syampu baby..Ketika mandi sapu dan gosok dgn lembut kulit kepala baby..Kemudian bilas kepala baby dgn air suam sehingga bersih..

2. Jangan tinggalkan sisa syampu di kulit kepala baby..

3. Sikat rambut baby dgn lembut menggunakan berus khas bg menghilangkan kerak tersebut..

4. Sapu minyak zaitun di atas kepala baby tapi jgn biarkan minyak terlalu lama..

5. Gunakan sikat untuk membuang kerak di atas kepala baby tadi..

6. Jangan sesekali menggunakan kuku utk membuang kerak di atas kepala baby..Ia boleh menyebabkan kulit kepala baby terluka dan mungkin berlaku jangkitan kuman.

Tuesday 19 April 2011

Lawak Kreatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sapa-sapa yg tengah stress tu..Jom hilangkan stress dgn melayan koleksi gambar2 lawak yg kreatif ni dulu..Hehe.. 

Patung ni mesti dah x sabar2 nak tunggu pompuan ni duduk..Hehe..

Bukan cakap jer berapi..Tapi kentut pun berapi tau..

Sentuh sikit je k..

Mangsa tsunami ker ni?..


Corner baring...

Kesan cuaca panas yg melampau..

Seronok mamat ni kayuh basikal...

Seat VVVIP..

Tahi lagi besar dr tuan..

Parking basikal dulu..

Iron paha yg dah berkedut..

Amik ni..

Helmet versi Afrika..


Budak ni mmg patut pegi hospital..

Jangan la tengok malu la i...

Stail rambut terbaru..

Muka x bersalah jer mamat 2 org ni..

Mari sini jgn lari..Hahaha..

Harap2 korg semua enjoy la tgk gambar2 kat atas ni yer..Jangan stress2 lg..Senyum la selalu..Awet muda tau..Hihi..


    

Sunday 17 April 2011

Balik Kampung..Pesta Durian..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini aku nak share sikit dgn korg semua tentang cuti hujung minggu yg aku n family aku habiskan kat kampung..Sedikit teruja n seronok nak balik kampung kali ni..Sebab apa??..Sebab anak bertuah aku c Adam Iman dah keluar wad n kembali sihat dan aktif..Syukur Alhamdulillah..Tapi yg lebih penting sebab kat kampung dah bermula PESTA DURIAN..Hehe..Pokok durian kat kebun mentua aku pun dah berbuah n gugur..Boleh la makan puas2..Haha..

Kami bertolak balik kampung pada hari sabtu seawal jam 8.00 pagi lg..Sepanjang perjalanan kami kena hujan..Lebat giler..Sampai x nampak jalan..So aku bawa je slow2..Biar lambat asal selamat..Kan kan kan..On da way nak balik tu ada la 2 3 accident yg berlaku kat highway..Ada yg terbabas sebab jalan licin dan ada yg langgar belakang sbb x sempat nak brek..Tapi syukur alhamdulillah kami selamat sampai tanpa sebarang masalah..

Sampai je kat kampung..Mentua aku dah standby dgn buah durian untuk santapan aku n wife aku..Bapa mentua aku trus je buka durian utk ktorg makan..Pergggh..Sedap beb..Isi cantik..Mmmmmm..Yam yam yam..Bukan nak puji@kipas..Tapi buah durian kat kebun bapa mentua aku mmg baik..Terbaik antara yg terbaik..Tapi kalo tanya aku jenis apa..D24 ker D42 ker..Aku pun x tau..Aku tau makan jer..Dan yg aku tau mmg sedap gileeeeeeeeeeeeer..Hehe..Puas ati makan..Sampai menjilat siku..Huhu..

Baik punyer..Isi kuning..

Sedang menikmati keenakan durian kampung..

Adam pun x nak lepaskan peluang rasa durian atuk n nenda..

Nampak..Habis satu kereta sorong kami bedal..Hehe..

Habis je melantak..Aku pun ikut mak bapak mentua aku masuk kebun..Nak g kutip buah durian yg dah jatuh..Dah makan kena la buat keje plak..Tak kan nak makan je kan kan kan..Lgpun aku x nak la lepaskan peluang ni..Cari pengalaman la beb kutip buah sambil bawa 'galit'..'Galit'?? apa tu??..Entah la aku pun x tau..Hehe..Tapi xpe nanti aku tunjuk kat korg semua rupa c 'galit' tu mcm mana..Sabar dulu k..

Sedikit mencabar jgk nak masuk kebun lps hujan ni..Pacat banyak..Aku plak selamba jer masuk kebun pakai seluar pendek..Jawabnyer kenyang la pacat2 dalam kebun tu hisap darah kat kaki aku ni..Hehehe..Lagi satu risau jgk kalau2 terjumpa dgn c B*%! dalam kebun tu..Ish ada ker menatang tu??..Mesti la ada..Pendekkan cerita banyak la buah durian yg dpt ktorg kutip n penuh la satu 'galit' tu berisi dgn durian..Dan banyak la jgk durian yg dah kena makan dgn tupai ni..Rezki c tupai la tu nak buat mcm mana..Tapi Alhamdulillah rezki mak n bapak mentua aku pun blh tahan jgk..Habis durian terjual..Letak jer terus ada org dtg beli..Syukur..Rezki rezki..Jom tengok gambar-gambar yg aku amik masa kat sana..

Bersiap masuk kebun sambil bawa 'galit'..

Puas dapat kutip durian..

'Galit' penuh dgn durian yg baru jatuh..

Hasil kutipan sedia untuk dijual..

Tengah sikat durian..

Sikat jgn tak sikat..

Umi dah dapat banyak..Aku sikat yg satu ni pun x sudah2 lg..Maklum la bdk baru belajar..Hehe..

Siap untuk jual..Terbaik dari kebun..

Check stok sambil makan..

Susun cantik-cantik..

Brader ni borong habis tau..


Selain durian ni ada macam-macam lg buah kat kebun bapa mentua aku ni..Rambutan, manggis, kedongdong, jambu n petai pun ada..Yang lain ni tunggu musim utk berbuah jer..Bapa mentua aku ckp kemungkinan buah durian ni akan berbuah lg bln 8 ni..Yabedabeduuuuuuuuuu...Meng'galit' durian lg la aku jawabnyer bln 8 ni..Hehe..Lg satu aku nak ckp kat korg smua..Kat kebun tu siap ada kolam ikan lg tau..Best woo..Ikan banyak n besar2..Nasib baik la aku x mkn ikan..Kalo x blh la mkn ikan fresh..

Kolam benih ikan keli..

Macam-macam ikan ada dalam kolam ni..

Bagi ikan makan..Tapi bukan bg makan durian tau..Hehe..


Kolam ikan keli afrika..

Pemandangan rumah mentua dr kebun..
Walaupun 2 hari je kat kampung tp seronok yg amat2..Hari ahad petang pukul 5 kami pun bertolak balik Putrajaya sebab esok kena keje..Adam plak nak ckp papa..Sebelum balik atuk n nenda bekalkan kami buah durian n kuah durian untuk bawa balik..Tq atuk n nenda..Nanti Adam, papa n mama balik lg bulan depan k..Luv u all..Kami selamat sampai rumah lebih kurang pukul 8 malam..Seronok sgt2 walaupun sedikit penat..




 

Wednesday 13 April 2011

Harga EMAS Semakin Melambung

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ingat lg x sy pernah post sebelum ini pasal pelaburan EMAS yg menguntungkan..Hari ini dalam paper Kosmo ada keluar berita berkaitan harga EMAS yg semakin melambung dalam pasaran dunia sehingga mencecah AS$1,600 (RM4,840) bg satu auns (28.3gram)..Berita penuh boleh baca kat sini Lonjakan Harga EMAS





Sejarah juga telah membuktikan yg harga EMAS sentiasa meningkat setiap tahun..Masih belum terlambat..Jadi buat la keputusan yg bijak dgn membuat pelaburan dalam EMAS..Tapi sebelum itu saya nasihatkan dapatkan terlebih dahulu rujukan dan panduan tentang cara yg terbaik untuk membuat pelaburan EMAS agar anda dapat memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan EMAS ini..Dapatkan rujukan dan panduan di sini Akaun Pelaburan EMAS 

Anda juga boleh memantau harga pasaran EMAS dunia  melalui link berikut;-


Bertindaklah segera..Jangan lupa dapatkan terlebih dahulu panduan Akaun Pelaburan EMAS yg sebenar dan yg lain daripada yg lain..Dapatkannya di sini;-



Tips Menjadi Menantu Kesayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Percaya atau tidak,ada dikalangan kita yg dah berkahwin mungkin menghadapi beberapa masalah dgn mentua mereka..Pening dibuatnya apabila semua yg dibuat ada je yg x kena pada pandangan mata mentua mereka..Itu salah ini salah..Itu x kena ini x kena..Aduii..Parah parah..Dah habis cara utk ambil hati mentua??..Korg jgn risau..Kali ni aku akan share dgn korg semua beberapa tips yg blh kita ikut untuk menjadi menantu kesayangan..

1.  Hormati dan sayangi mentua seperti ibu bapa kita sendiri.

2.  Terima kelebihan dan kekurangan yg ada pada mentua kita.

3.  Selalu-selalu la telefon mentua untuk bertanya khabar.

4.  Beri hadiah,hantar kad ataupun paling tidak bagi la ucapan sempena besday atau   
     anniversary perkahwinan mentua.

5.  Luangkan masa untuk bersama mentua.Bawa la jalan-jalan,window shopping atau    
     bercuti.     

6.  Kongsi pendapat atau minta pendapat dan nasihat daripada mentua tentang sesuatu hal
     agar mereka rasa diri mereka dihargai.

7.  Ajar anak-anak kita untuk menghormati mentua.

8.  Ziarah dan temani mereka ketika mereka sakit.

9.  Berkunjung ke rumah mentua ketika cuti dan musim perayaan.

10. Sesekali hidangkan makanan atau minuman kegemaran mentua.


Cubalah praktikkan 10 tips diatas..Semoga lepas ni korg semua xde lg masalah dengan mentua dan akan menjadi menantu kesayangan mentua masing-masing..SELAMAT MENCUBA..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...